Tentera Udara Kuwait

Tentera Udara Kuwait
  • القوات الجوية الكويتيةcode: ar is deprecated
  • al-Quwwat al-Jawwiya al-Kuwaitiya
Lambang Tentera Udara Kuwait
Ditubuhkan pada1953
Negara Kuwait
JenisTentera udara
PerananPeperangan udara
Saiz
  • 8,000 anggota
  • 132 pesawat
Sebahagian daripadaAngkatan Tentera Kuwait
PangkalanPangkalan Udara Abdullah Al-Mubarak
Moto
  • الله والوطن والاميرcode: ar is deprecated
  • "Allah, Negara, dan Emir"
Peringatan25/26 Februari (Hari Kebangsaan dan Pembebasan)
Pertempuran
  • Operasi Vantage
  • Pertelingkahan sempadan Samita 1973
  • Serangan ke atas Kuwait
  • Operasi Desert Storm
  • Perang menentang keganasan
    • Perang di Afghanistan
    • Perang di Iraq
    • Perang Saudara Syria
  • Campur tangan ketenteraan di Yaman 2015
Komander
Panglima Tentera UdaraLeftenan Jeneral Mohammed Khaled Al-Khadher
Tanda kebesaran
Roundel
Lambang ekor
Pesawat terbang
PejuangF/A-18 Hornet, F/A-18 Super Hornet, Eurofighter Typhoon
HelikopterBoeing AH-64 Apache, Aerospatiale Gazelle
PemintasF/A-18 Hornet, Eurofighter Typhoon
PelatihShort Tucano, BAE Hawk
PengangkutBoeing C-17 Globemaster III, Lockheed L-100 Hercules, Eurocopter AS332 Super Puma, C-130
PenangkiKC-130J

Tentera Udara Kuwait (al-Quwwat al-Jawwiya al-Kuwaitiya) merupakan cabang udara bagi negara Kuwait. Ibu pejabatnya terletak di Pangkalan Udara Al Mubarak, dengan pasukan-pasukan selebihnya berpangkalan di Brigad Pertahanan Udara,Pangkalan Udara Ali Al Salem dan Pangkalan Udara Ahmed Al Jaber. Kekuatan Tentera Udara Kuwait kini sekitar kira-kira 2,500 orang pegawai dan anggota lain-lain pangkat.

Perancangan masa depan

Pada bulan Februari 2009, Presiden Perancis Nicolas Sarkozy telah mengumumkan bahawa Kuwait telah mempertimbangkan untuk membeli sehingga 28 buah pesawat Dassault Rafale, Tentera Udara Kuwait kini masih mengkaji perjanjian dan sedang menunggu lawatan Menteri Pertahanan Perancis ke Kuwait pada hujung bulan Februari 2009.

Peralatan

Pesawat

Sebuah F/A-18C Hornet Kuwait pada tahun 1993
Sebuah helikopter Super Puma menurunkan anggota tentera dalam satu latihan pada tahun 2017
Pesawat pengangkut Lockheed Hercules pada tahun 1999
Pesawat Asal Jenis Variasi Dalam perkhidmatan Nota
Pesawat tempur
Boeing F/A-18 Hornet Amerika Syarikat Pelbagai peranan F/A-18C 27[1]
F/A-18 Super Hornet Amerika Syarikat Pelbagai peranan F/A-18E 22 buah F/A-18E dalam pesanan[1]
Eurofighter Typhoon Kesatuan Eropah Pelbagai peranan Tranche 3A 9 19 buah dalam pesanan[2]
Pesawat tangki
KC-130 Hercules Amerika Syarikat Pengisian minyak di udara KC-130J 3[1]
Pengangkut
Boeing C-17A Amerika Syarikat Pesawat pengangkut strategik 2[1]
Helikopter
Boeing AH-64 Amerika Syarikat Penyerang AH-64D 16 8 buah AH-64E dalam pesanan [1]
Sikorsky S-92 Amerika Syarikat Pengangkut VIP 4[3] Diterbangkan untuk negara Kuwait
Airbus H225M Perancis Utiliti / pengangkut 17[1] Pada 9 Ogos 2016, sebuah pengeluar helikopter berteknologi tinggi iaitu Airbus Helicopters telah menandatangani satu kontrak dengan Kementerian Pertahanan Kuwait untuk membeli 30 buah helikopter utiliti dan pelbagai peranan Airbus H225M Caracal selain pakej-pakej sokongan dan perkhidmatan yang berkaitan, semasa lawatan Menteri Pertahanan Perancis pada masa itu, Jean-Yves Ke Drian di Kuwait. Kini, sejumlah 17 buah telah diserahkan kepada Kuwait
Aérospatiale SA330 Perancis Utiliti / pengangkut 6[1]
Eurocopter AS332 Perancis Utiliti / pengangkut 5[1]
Aérospatiale SA342 Perancis Tinjauan / Anti armor 13[1]
Pesawat latihan
BAE Hawk United Kingdom Latihan lanjut Hawk 64 6[1]
Boeing F/A-18 Hornet Amerika Syarikat Latihan peralihan F/A-18D 7
F/A-18 Super Hornet Amerika Syarikat Pelbagai peranan F/A-18F 6 buah F/A-18F dalam pesanan[1]
UAV
Bayraktar TB2 Turki UCAV 18 dalam pesanan[4]

Pertahanan udara

Nama Asal Jenis Dalam perkhidmatan[5] Nota
Sistem pertahanan udara
MIM-104 Patriot Amerika Syarikat Sistem SAM 14 8 adalah standard PAC-3
MIM-23 Hawk Amerika Syarikat Sistem SAM 5
Starburst (peluru berpandu) UK Sistem MANPAD 50

Rujukan

  1. ^ a b c d e f g h i j k Hoyle, Craig (2023). "World Air Forces 2024". FlightGlobal. Dicapai pada 25 February 2024.
  2. ^ Mustafa, Awad (2023-10-27). "Kuwait receives four Eurofighter Typhoons". defensenews.com. Dicapai pada 2023-11-20.
  3. ^ "Kuwait Air Force". scramble.nl. Dicapai pada 14 April 2020.
  4. ^ "Kuwait signs contract with Turkey to buy $367 million worth of drones". Reuters. 2023-06-13. Dicapai pada 2024-02-25.
  5. ^ "Arms Transfers Database". Stockholm International Peace Research Institute. Dicapai pada 12 April 2016.

Pautan luar

Kategori berkenaan Tentera Udara Kuwait di Wikimedia Commons