Uzungöl

Uzungöl yang terletak di Turki
Uzungöl
Uzungöl
Koordinat40°37′9″N 40°17′42″E / 40.61917°N 40.29500°E / 40.61917; 40.29500Koordinat: 40°37′9″N 40°17′42″E / 40.61917°N 40.29500°E / 40.61917; 40.29500Aliran masuk utamaAnak Sungai HaldizenNegara lembanganTurkiLaman sesawanguzungol.net.tr

Uzungöl (lit. Tasik Panjang; Jawi: اوزونݢولcode: ms is deprecated ),[1] atau dalam bahasa tempatan Romeyka: Şeraho, ialah sebuah tasik yang terletak di selatan bandar Trabzon, dalam daerah Çaykara di Wilayah Trabzon, Turki. Uzungöl juga merupakan nama kampung di pantai tasik ini. Selama bertahun-tahun, tasiknya yang indah, kampungnya dan lembah sekitarnya telah menjadi tarikan pelancong yang popular. Tasik ini terletak 95 km ke tenggara dari pusat bandar Trabzon, dan 19 km dari pusat daerah Çaykara.[2] Tasik ini terbentuk akibat tanah runtuh, yang telah mengubah dasar sungai menjadi empangan semula jadi, di lembah Anak Sungai Haldizen.[3] Uzungöl adalah sebahagian daripada Taman Alam Uzungöl, yang dirizabkan pada 3 Oktober 1989.

Kawasan ini amat terkenal dengan persekitaran semula jadinya.[perlu rujukan] Terletak di lembah di antara gunung yang menjulang tinggi, tasik dan kampung pada mulanya nampak seolah-olah tidak dapat dimasuki. Hutan pergunungan di sekeliling dan kabus, kadangkala menyelubungi tasik ini pada waktu malam, turut menambah keindahan pemandangannya.[perlu rujukan]

Ledakan pelancong beberapa tahun kebelakangan ini[bila?] telah menarik pelabur, yang membuka beberapa hotel, restoran dan kedai cenderamata di kampung itu. Infrastruktur pengangkutan juga telah ditambah baik. Pada tahun 2008, kerajaan membina penghadang konkrit di sepanjang pantai tasik, supaya ombaknya tidak membasahi jalan-jalan di pesisir. Ini telah mencetuskan bantahan oleh penduduk tempatan, serta ahli ekologi yang prihatin dengan kerosakan alam sekitar, yang menyatakan bahawa ia telah menjadikan tasik itu sebagai kolam buatan gergasi.[4]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Dubin, M.; Ayliffe, R.; Gawthrop, J.; Richardson, T. (2007). The Rough Guide to Turkey. Rough Guides Limited. m/s. 1954. ISBN 978-1-84836-846-0. Dicapai pada 2021-09-30.
  2. ^ Uzungöl: A lakeside heaven in Trabzon
  3. ^ Haldizen Valley and Uzungöl travel
  4. ^ Radikal: "Uzungöl'ün beton kaderi"

Pautan luar

  • Fotografi VR Uzungöl
  • Panduan Pelancongan Uzungöl