2024 di Malaysia

  • 2023
  • 2022
  • 2021
2024
di
Malaysia

  • 2025
  • 2026
  • 2027
Dekad:
  • 2000-an
  • 2010-an
  • 2020-an
Lihat juga:
  • Peristiwa lain dari tahun 2024
  • Garis masa sejarah Malaysia
2024 mengikut topik:
Kesenian
Seni bina – Komik – Filem – Video rumah – Kesusasteraan (Puisi) – Muzik (Kampung, Metal, UK) – Radio – Gambar – Televisyen – Permainan video
Politik
Pilihan raya – Pemimpin antarabangsa – Negara berdaulat
Pemimpin negara yang berdaulat – Gabenor wilayah
Sains dan teknologi
Angkasa lepas – Arkeologi – Penerbangan – Burung/Ornitologi – Palaeontologi – Pengangkutan rel
Sukan
Badminton – Besbol – Bola keranjang – Bola tampar
Mengikut tempat
Afghanistan – Afrika Selatan – Albania – Algeria – Amerika Syarikat – Angola – Antartika – Arab Saudi – Argentina – Armenia – Australia – Austria – Azerbaijan – Bangladesh – Bahamas – Barbados – Belanda – Belgium – Benin – Bhutan – Bosnia dan Herzegovina – Brazil – Bulgaria – Burkina Faso – Burundi – Cameroon – Cape Verde – Chad – Chile – China – Colombia – Costa Rica – Côte d'Ivoire – Croatia – Cuba – Cyprus – Czechia – Denmark – Ecuador – El Salvador – Emiriah Arab Bersatu – Estonia – Ethiopia – Filipina – Finland – Gabon – Georgia – Ghana – Greece – Guatemala – Hungary – Iceland – India – Indonesia – Iraq – Iran – Ireland – Israel – Itali – Jepun – Jerman – Kanada – Kazakhstan – Kemboja – Kenya – Kesatuan Eropah – Korea Utara – Korea Selatan – Kuwait – Laos – Latvia – Libya – Lithuania – Luxembourg – Macau – Madagascar – Maghribi – Malawi – Malaysia – Mali – Mesir – Mexico – Moldova – Montenegro – Mozambique – Myanmar – Nepal – New Zealand – Niger – Nigeria – Norway – Oman – Pakistan – Palestin – Perancis – Peru – Poland – Portugal – Republik Afrika Tengah – Romania – Rusia – Rwanda – Senegal – Sepanyol – Serbia – Singapura – Slovakia – Slovenia – Somalia – Sri Lanka – Sudan – Sudan Selatan – Sweden – Switzerland – Syria – Taiwan – Tanzania – Thailand – Turkey – Uganda – Ukraine – United Kingdom – Uruguay – Uzbekistan – Venezuela – Vietnam – Yemen – Zambia – Zimbabwe
Topik lain
Pemimpin agama
Kategori kelahiran dan kematian
Kelahiran – Kematian
Kategori pernubuhan dan pembubaran
Penubuhan – Pembubaran
Kategori karya dan perkenalan
Karya – Diperkenalkan
Karya yang memasuki domain awam
  • l
  • b
  • s

2024 di Malaysia, 67 tahun kemerdekaan.
2024 akan menjadi ulang tahun ke-61 penubuhan Malaysia.

Perjawatan

Peringkat Persekutuan

Peringkat Negeri

Peristiwa

Januari

  • 1 Januari:
  • 2 Januari - Pangkalan data sosioekonomi pusat kebangsaan, Pangkalan Data Utama (PADU) dirasmikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.[3]
  • 3 Januari - Tiga rang undang-undang di Dewan Undangan Negeri Sabah bagi kerajaan negeri mengambil alih kuasa kawal selia bekalan elektrik dan tenaga boleh diperbaharui daripada Persekutuan, iaitu RUU Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024, RUU Bekalan Elektrik 2024 dan RUU Tenaga Boleh Baharu 2024 diluluskan.[4]
  • 5 Januari - Program 34 Je - Kita Suka mula bersiaran serentak di kesemua 34 saluran radio RTM termasuk siaran negeri dan daerah. Bersiaran setiap Jumaat hingga Ahad dari jam 3.40 hingga 4.14 petang. Pelancaran 34 Je - Kita Suka di Wisma Radio Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur.[5]
  • 8 Januari - 8TV meraikan ulang tahunnya yang ke-20.
  • 8 Januari - ERA Sabah dan ERA Sarawak telah rasmi memulakan siarannya dari Astro Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
  • 10 Januari:
    • Merdeka 118, menara tertinggi di Malaysia dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong.[6]
    • Kediaman Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham dibom dengan bom petrol. Kejadian pada jam 2.50 pagi tersebut, menyebabkan kebakaran yang memusnahkan salah sebuah kereta Koo Ham.[7]
  • 11 Januari - Malaysia dan Singapura memeterai memorandum pesefahaman Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).[8]
  • 17 Januari:
    • Nasi Lemak Kopi O kembali bersiaran di TV9 setelah dihentikan pada 4 Mac 2018 dan kini bersiaran setiap Rabu hingga Jumaat jam 10.30 pagi selama sejam.
    • Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menjadi penyampai berita di TV3 menerusi segmen Buletin Diraja.[9]
    • Pengarah dan penerbit filem Mentega Terbang, Khairi Anwar Jailani dan Tan Meng Kheng, didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan melukakan perasaan agama orang lain berdasarkan Kanun Keseksaan. Mereka mengaku tidak bersalah.[10]
  • 19 Januari - Majlis Jamuan Teh Diraja Sempena Tamat Tempoh Pemerintahan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 diadakan di Istana Negara.[11]
  • 20 Januari - Ahli Parlimen Alor Setar Afnan Hamimi Taib Azamudden dipilih sebagai ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) baharu bagi menggantikan Ahmad Fadhli Shaari.[12]
  • 25 Januari:
    • Thaipusam
  • 26 Januari - Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak menggantikan Taib Mahmud.[13]
  • 26-27Januari - Muzik Video Sayap nyanyian Elly Mazlein disiarkan menerusi saluran sementara (pop-up) dalam Astro. Penyanyi tersebut merupakan artis pertama naungan Rocketfuel Entertainment yang berjaya memecahkan rekod 'Pelancaran Muzik Video Tanpa Henti Terpanjang di saluran TV Sementara (Pop-Up)' dalam Buku Rekod Malaysia (MBOR).
  • 29 Januari - Bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan gagal mengisytihar harta.[14]
  • 30 Januari - Al-Sultan Abdullah menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.[15]
  • 31 Januari - Sultan Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.[16]

Februari

  • 1 Februari:
    • Ulang tahun ke-50 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
    • Ulang tahun ke-50 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
  • 2 Februari - Lembaga Pengampunan mengeluarkan kenyataan untuk mengumumkan keputusannya memberikan pengampunan sebahagian kepada bekas Perdana Menteri Najib Razak yang telah dipenjarakan di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022, mengurangkan separuh tempoh penjaranya daripada 12 kepada 6 tahun dan mengurangkan jumlah denda daripada RM 210,000,000 hingga RM 50,000,000. Berikutan pengampunan itu, Najib dijangka dibebaskan dari penjara pada 23 Ogos 2028. Bagaimanapun, jika denda itu tidak dibayar, setahun akan ditambah kepada hukuman penjara baharunya.[17]
  • 9 Februari - Mahkamah Persekutuan mengiystiharkan 16 daripada 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 terbatal dan tidak sah. Keputusan ini dibuat selepas mahkamah membenarkan petisyen yang dikemukakan oleh peguam, Elin Zurina Abdul Rashid dan anaknya, Yasmin Nastasha Abdul Rahman bagi mencabar undang-undang jenayah syariah negeri itu.[18]
  • 10-11 Februari - Tahun Baru Cina (Tahun Naga)
  • 13 Februari - Pesawat model BK160 Gabriel (nombor pendaftaran I-POOC) terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, Klang, Selangor. Tragedi tersebut mengorbankan Daniel Yee Hsiang Khoon (30 tahun) dan Roshaan Singh Raina (42 tahun).[19]
  • 19 Februari - Pelancong lemas di pantai buruk kuala terengganu.
  • 20 Februari - Cuti umum Ulang Tahun Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu kali pertama buat negeri Melaka.
  • 27 Februari - Himpunan bersih 2024 reformasi 100 peratus.

Mac

  • 1 Mac - Sabitan hukuman merogol pembantu rumah warga Indonesia terhadap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Perak, Paul Yong telah dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan.[20]
  • 2 Mac - Pesilat Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin meninggal dunia kira-kira jam 1.20 pagi ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) selepas rebah ketika menyertai Kejohanan Silat Pra-Sukma Negeri Sembilan 2024 di Sikamat.[21]
  • 6 Mac:
    • Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dilepaskan dan dibebaskan daripada sembilan tuduhan rasuah membabitkan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak pada tahun 2014.[22]
    • Dua pengunjung cedera dipercayai terjatuh daripada permainan “sotong ride” di sebuah pesta ria di Kompleks Sukan Likas di Kota Kinabalu.[23]
  • 7 Mac - Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menerima nota ugutan di depan rumah keluarganya di Ayer Tawar, Manjung.[24]
  • 8 Mac - Ulang tahun ke-10 kehilangan Penerbangan 370 Penerbangan Malaysia.
  • 9 Mac:
  • 11 Mac - Pasaraya Mydin Manjoi mengalami kerugian kira-kira RM50 juta akibat kebakaran.[27][28]
  • 12 Mac - Seksyen 11 dari Taiping Selatan ke Beruas, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) bagi jajaran negeri Perak dibuka kepada pengguna.[29]
  • 13 Mac - Sebuah gambar yang menunjukkan toking yang tertera kalimah Allah, tuhan umat Islam di Malaysia pada stoking di KK Super Mart, Bandar Sunway Pyramid, Petaling Jaya tular di media sosial.[30]
  • 18 Mac - Setelah 53 hari menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dibenarkan pulang.[31]
  • 19 Mac - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, gagal dalam permohonannya untuk membatalkan saman fitnah difailkan terhadapnya oleh bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berhubung satu sidang media ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022.[32]
  • 21 Mac - Pemuda berusia 22 tahun yang membunuh 23 penghuni Darul Quran Ittifaqiyah dalam kejadian pada tahun 2017, kekal dipenjara selama mana diperkenankan Yang di-Pertuan Agong oleh Mahkamah Persekutuan.[33]
  • 26 Mac - Lima pengarah rangkaian kedai serbaneka KK Mart serta pembekal, Xin Jian Chang Sdn Bhd didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam berhubung dengan penjualan stoking tertera kalimah Allah yang mencetuskan kemarahan umat Islam.[34]
  • 28 Mac - Pusat beli-belah IOI City Mall di Putrajaya menutup operasinya berikutan masalah gangguan bekalan elektrik.[35][36]
  • 30 Mac:
    • Bumbung bangunan Kolej Matrikulasi Kedah di Changlun, terbakar dipercayai akibat disambar petir.[37]
    • Dua pelajar Malaysia terkorban, manakala 3 lagi cedera dalam insiden kemalangan jalan raya di Lake Tekapo, New Zealand.[38]
    • Pasar raya KK Super Mart di Sungai Isap, Kuantan, Pahang mengalami kebakaran kecil akibat perbuatan khianat apabila dibaling dengan molotov cocktail.[39]
    • Lima penjenayah dipercayai aktif kes samun bersenjata di Putra Heights, ditembak mati dalam serangan berbalas.[40]
  • 31 Mac - Syarikat persendirian menurut syer, FGP Ventures didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Jenayah atas kesalahan menawarkan Saham Keutamaan Boleh Tebus Islam (iRPS) secara tidak sah.[41]

April

  • 1 April - Radio Televisyen Malaysia (RTM) meraikan ulang tahun penubuhannya yang ke-78.
  • 3 April:
    • Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi, untuk mencabar kewujudan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara enam tahun kepada tahanan di rumah.[42]
    • Tokoh korporat, Tan Sri Tan Hua Choon tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dan dijangka berdepan tuduhan berhubung kontrak perolehan syarikat membekal serta menguruskan kenderaan kerajaan.[43]
  • 4 April - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda Kuala Lumpur (Rumah Bonda) untuk mencabar tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan menutup premisnya.[44]
  • 5 April - Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu susulan kes penjualan stoking kalimah Allah di KK Super Mart.[45]
  • 14 April – Seorang lelaki cedera parah selepas ditembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.[46]
  • 19 April - Seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.[47]
  • 23 April - Seramai 10 orang maut dalam kejadian helikopter terhempas di stadium TLDM, Manjung, Perak.[48]
  • 25 April - Bekas perso­naliti televisyen, Norjuma Habib Mohamed mengaku tidak bersalah di empat Mahkamah Majistret KL atas tiga pertuduhan mencederakan tiga individu dan dua dakwaan melakukan khianat.[49]
  • 29 April:
    • Kilang cat Kossan di Meru, Kapar, Selangor musnah dijilat api dalam kejadian selepas solat Subuh pada jam 6:30 pagi.[50]
    • Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan memfitnah dan menghasut untuk merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.[51]
  • 30 April:
    • Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli disiasat selama hampir 8 jam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes salah guna kuasa.[52]
    • Penulis blog, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo, ditahan polis kerana disyaki mengeluarkan kenyataan mengaibkan Yang di-Pertuan Agong selepas kenyataannya dikesan dalam satu hantaran video berdurasi 2 minit 46 saat yang memaparkan beliau didakwa mempersoalkan tindakan YDPA bertemu pemilik kedai serbaneka KK Super Mart di Istana Negara.[53]

Mei

  • 1 Mei - Pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera dibahagian kepala selepas dipukul dan disamun oleh individu tidak dikenali di Terengganu.[54]
  • 2 Mei - Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati kekal bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down, Bella.[55]
  • 7 Mei – Sebatang pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, mengorbankan seorang dan mencedarakan dua lagi.[56]
  • 11 Mei – Pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu 2024: Pang Sock Tao dari Pakatan Harapan (PH) menang kerusi selepas mengalahkan Khairul Azhari Saut dari Perikatan Nasional (PN), calon bebas Eris Nyau Ke Xin dan Hafizah Zainuddin dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) oleh majoriti 3,869 undian dan dengan 57.21% undian.[57]
  • 17 Mei - Insiden Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 Anggota Polis maut manakala seorang cedera parah ditembak oleh lelaki bertopeng jam pukul 4.41 pagi.[58]
  • 18 Mei - 2 Lelaki ditahan cuba menceroboh Istana Negara, Jalan Duta menggunakan senjata parang.[59]
  • 27 Mei - SPM 2023 : Seramai 11,713 calon mendapat semua 'A' pada hari keputusan SPM.
  • 28 Mei - Mohd Ali Rustam dilantik semula sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka untuk penggal kedua.[60]
  • 30 Mei - Penyanyi, Cliff Umar mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan memiliki heroin.[61]
  • 30-31 Mei - Pesta Kaamatan Peringkat Kebangsaan diadakan di KDCA, Penampang, Sabah. Tema pesta Kaamatan tahun ini ialah 'Kaamatan Melangkaui Keterjaminan Makanan'.
  • 31 Mei - Ibu bapa Zayn Rayyan ditahan oleh polis di Puncak Alam, dan ditahan reman sehingga 7 Jun.[62][63]

Jun

  • 1 Jun - TV3 meraikan ulang tahunnya ke-40.[64]
  • 5 Jun - Penceramah bebas, Don Daniyal Don Biyajid direhatkan sebagai pengacara rancangan Salam Baitullah di RTM berikutan kenyataannya tentang sejarah hidup Nabi Muhammad.[65]
  • 7 Jun - Rumah atas air di Taman Marin Tun Sakaran, Semporna dirobohkan atas faktor keselamatan.
  • 8 Jun - Dua mangsa termasuk kanak-kanak berusia setahun tujuh bulan maut akibat keracunan makanan selepas dikatakan termakan bihun goreng dan telur mata tercemar yang dibeli perkhidmatannya oleh JAIS untuk program amal islami di Sekolah Rendah Agama (SRA) Sungai Cincin.[66]
  • 9 Jun - Dua termasuk seorang wanita maut selepas bas ekspres membawa rombongan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Lebuhraya Tun Abdul Razak berhampiran simpang tiga Keratong, Muadzam Shah pada awal pagi Ahad.[67]
  • 10 Jun:
    • Mahkamah Sesyen menetapkan 15 Julai 2024 untuk mengetahui status representasi dikemuka Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Datuk Seri Dr KK Chai dan isterinya, untuk menarik balik semua pertuduhan dengan sengaja melukakan perasaan agama orang lain dengan menjual stoking tertera kalimah Allah.[68]
    • Kerajaan merasionalisasikan subsidi diesel dengan menarik balik subsidi bahan api di Semenanjung Malaysia, menyebabkan kenaikan harga diesel sebanyak 56%, daripada RM2.15 kepada RM3.35 seliter dan memberi subsidi hanya kepada kumpulan sasaran RM200 sebulan.[69]
  • 13 Jun – Kedutaan AS mengumumkan pemulangan $156 juta aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB kepada Malaysia berikutan siasatan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.[70]
  • 14 Jun:
    • Kebakaran berlaku di sebuah bangunan di taman tema luar Genting Skyworlds di Genting Highlands, Pahang. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran itu.[71]
    • Pelakon China Fan Bingbing tiba di Melaka, membuat kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Ab Rauf dan pegawai kerajaan negeri Melaka yang lain, memulakan hari pertamanya sebagai duta 'Visit Melaka 2024' dan memulakan sesi temu dan salam dan lawatan ke pelbagai tapak pelancongan dan warisan Melaka.[72]
  • 15 Jun - Dua lelaki, salah seorang daripada mereka terlibat dalam hampir 40 kesalahan, telah terbunuh dalam tembak-menembak dengan polis, di luar pinggir bandar Johor Bahru.[73]
  • 18 Jun - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera apabila kereta yang mereka naik terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres di Kilometer (KM) 155.9 Lebuh Raya Utara-Selatan, menghala ke Utara di Seberang Perai, Pulau Pinang.[74]
  • 22 Jun - Apple Inc. membuka kedai pertamanya di Malaysia iaitu di The Exchange @ TRX.[75]
  • 24 Jun - Pihak berkuasa mengumumkan penahanan lapan orang di empat negeri kerana disyaki mempunyai kaitan dengan Negara Islam dan merancang menentang Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan pegawai terkemuka lain.[76]
  • 25 Jun - Siti Nurhaliza dilantik sebagai pakar di Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed).[77]
  • 26 Jun - Dewan Rakyat meluluskan pembubaran Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menerusi undian belah bahagian Ahli Parlimen. Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pembubaran) 2024 diluluskan selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.[78]
  • 28 Jun - Tiga kru helikopter M81-11 (Agusta A109 LOH) milik Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas pesawat itu melakukan pendaratan cemas di Landasan Terbang Kluang, Rejimen 881 Pasukan Udara Tentera Darat, Kem Mahkota Kluang, Johor.[79]
  • 30 Jun - Kota Kinabalu dan Penampang di Sabah dilanda banjir selain kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang.[80]

Julai

  • 1 Julai - Mahkamah Persekutuan meminda hukuman penjara satu bulan yang dikenakan terhadap Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Lokman Noor Adam kerana menghina mahkamah dengan mengugut saksi perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada bon kelakuan baik.[81]
  • 3 Julai – Mahkamah Tinggi menolak rayuan bekas Perdana Menteri Najib Razak supaya hukuman penjara atas kesalahan rasuah dijalankan di rumah.[82]
  • 4 Julai – Sekurang-kurangnya 39 orang sakit berikutan kebocoran gas di kemudahan kejuruteraan pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.[83]
  • 6 Julai – Pilihan raya kecil Sungai Bakap 2024: Abidin Ismail daripada Perikatan Nasional (PN) memenangi kerusi itu selepas menewaskan Joohari Ariffin daripada Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti 4,267 undi dan dengan 58.63% undi.[84]
  • 7 Julai - Dua beradik, Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian dan adiknya Muhammad Luth dilaporkan kritikal selepas makan keropok yang dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim Kedah,[85] sebelum salah seorang daripada dua beradik tersebut meninggal dunia dua hari kemudian.[86]
  • 8 Julai - Bekas vokalis kumpulan Exists, Mamat didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Johor Bahru, atas dua kesalahan iaitu memasukkan dadah ke dalam badan dan memiliki dadah pada 2019.[87]
  • 9 Julai - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiba di pejabat Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) di Jalan Beringin bagi mengambil dokumen berkaitan isu kegagalan syarikat kerajaan itu dalam audit yang dibuat bagi membantu siasatan.[88]
  • 10 Julai:
  • 12 Julai - Pasangan suami isteri pempengaruh popular, Aliff Teega dan isteri, Aisyah Hijanah direman selama empat hari mengikut Seksyen 23 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kesalahan salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan.[92]
  • 15 Julai:
    • Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menerima rawatan kerana batuk.[93]
    • Mayat Nur Farah Kartini ditemui di Felda Gedangsa, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang, dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.[91]
    • Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan diwasalkan Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati Perak di Istana Negara.[94]
  • 16 Julai - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menjalani prosedur pembedahan katarak mata sebelah kanan.[95]
  • 20 Julai - Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara.[96]
  • 23 Julai - Kes Bunuh Zulfarhan Osman: Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan kerana didapati membunuh Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, pada tahun 2017.[97]
  • 28 Julai – Malaysia secara rasmi memohon untuk menjadi ahli blok ekonomi dan organisasi geopolitik BRICS.[98]
  • 30 Julai:
    • 19 pelajar daripada 900 peserta dalam Kejohanan Akuatik MSSJ 2024, dikejarkan ke hospital selepas mengalami gejala termasuk muntah-muntah, demam serta kulit gatal dipercayai akibat pencemaran air dalam kolam renang dan kolam terjun di Pusat Akuatik MBJB Arena Larkin.[99]
    • Seladang diiktiraf sebagai spesies haiwan terancam yang mempunyai kepentingan negara.[100]
    • Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) dua minggu lepas dibenarkan pulang ke rumah.[101]
  • 31 Julai:
    • Malakat Mall akan ditutup selepas 4 tahun beroperasi.[102]
    • Penyanyi, Cliff Umar didenda RM5,500 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam atas pertuduhan memiliki dan memberi dadah kepada dirinya sendiri, pada Mei.[103]

Ogos

  • 1 Ogos - Pelancaran rasmi stesen TV, Panorama TV.[104]
  • 4 Ogos - Malaysia mengeluarkan amaran perjalanan menggesa rakyatnya tidak melawat United Kingdom kerana rusuhan ganas yang berterusan.[105]
  • 5 Ogos - Sepasang suami isteri berusia 36 dan 37 tahun ditahan oleh polis di Chemor, Perak berhubung penemuan cebisan mayat mangsa kes bunuh, Istiqomah Ahmad Rozi.[106]
  • 6 Ogos - Warga emas, Mohamed Nor Mohamed Yassin, bersama isteri, Ara Abdul Hamid, dan cucu, Noradriana Nor Hasyim, dibunuh sebelum rumah mereka dibakar dan dalam keadaan rentung, di Kampung Paya Redan, Pagoh, di Muar.[107]
  • 8 Ogos - Remaja perempuan berusia 14 tahun ditahan kerana menyamar sebagai pegawai perubatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor.[108]
  • 10 Ogos:
    • Dua lelaki termasuk seorang warga asing ditahan oleh pihak polis selepas berjaya membongkar stor dadah di sebuah kedai ubat tradisional dan menemui 209.65 kilogram dadah di Taman Desa Petaling, Selangor.[109]
    • Perdana Menteri, Anwar Ibrahim meraikan ulang tahun kelahiran ke-77.[110]
    • Mohd Zuki Ali tamat perkhidmatan sebagai Ketua Setiausaha Negara.[111]
  • 11 Ogos - Sebuah bot dinaiki sembilan penumpang termasuk dua tekong karam dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi selepas dipercayai dilanggar sebuah tongkang pada jarak tujuh batu nautika dari perairan Kuala Kemaman, Terengganu.[112]
  • 12 Ogos:
    • Polis mengesahkan mayat tanpa kepala dan tangan dijumpai dibuang di dalam tong sampah di dalam longkang yang ditemui pada 31 Disember 2023, dikenal pasti sebagai Istiqomah Ahmad Rozi.[113]
    • Tauliah kuliah memberi ceramah dan mengajar di Selangor milik pendakwah Don Daniyal Don Biyajid ditarik balik oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).[114]
    • Shamsul Azri Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara baharu.[115][116]
  • 13 Ogos - Penyanyi, Nidza Afham dilaporkan hilang selepas berjoging di Stadium Klang, Selangor, kira-kira jam 11.53 malam.[117]
  • 14 Ogos:
    • Dua pesawat TUDM diterbangkan ke Pangkalan Udara Al-Maza, Mesir untuk membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia bagi menerima rawatan.[118]
    • Mayat penyanyi, Nidza Afham ditemui di Jambatan Sungai Klang selepas dilaporkan hilang.[119]
    • Suspek utama kes bunuh dan bakar rumah yang menyebabkan kematian ibu bapa serta anak saudaranya di Kampung Paya Redan, Muar berjaya ditahan polis.[120]
    • Dua bank gergasi negara, Maybank dan CIMB Bank dikenakan penalti Monetari Pentadbiran (AMP) melebihi RM 5 juta oleh Bank Negara Malaysia berikutan ketidakpatuhan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 disebabkan oleh gangguan perkhidmatan perbankan berpanjangan.[121]
  • 15 Ogos - Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd Sharif dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur.[122]
  • 17 Ogos:
    • Tujuh orang termasuk empat warga asing ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti melombong mata wang Bitcoin dengan mencuri bekalan elektrik di Sepang, Selangor.[123]
    • Sukan Malaysia ke-21: Upacara pembukaan SUKMA Sarawak diadakan di Stadium Sarawak.[124]
    • Pilihan raya kecil DUN Nenggiri 2024.
    • Petronas Meraikan ulang tahun jubli emasnya ke-50.
  • 19 Ogos:
    • Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali dan ibu, Shamsidah Abd Rahman didenda RM480 oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah, atas empat pertuduhan membenarkan dan memandu kereta dengan cukai jalan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans.[125]
    • Rangkaian restoran nasi kandar terkenal telah bersetuju untuk membayar RM 221,773.20 kepada Astro susulan melanggar perjanjian langganan penggunaan siaran TV berbayar secara tidak sah.[126]
  • 20 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Najib Razak menarik balik rayuannya untuk menarik balik hakim daripada mendengar perbicaraan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram RM2.27 bilion 1MDB yang sedang berjalan.[127]
  • 22 Ogos - Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman dihukum penjara seumur hidup dan 16 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas didapati bersalah atas tiga kes dadah yang dihadapinya.[128]
  • 25 Ogos - Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia KD Pendekar karam di luar pantai Johor selepas melanggar objek bawah air yang tidak dikenali. Kesemua 39 kelasi di atas kapal diselamatkan.[129]
  • 26 Ogos:
    • Persatuan Renang Amatur Terengganu memohon maaf atas kesilapan menghantar atlet wanita Islam dalam acara terjun ke kejohanan SUKMA Ke-21 Sarawak tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri.[130]
    • Universiti Malaya menafikan satu artikel kononnya ditulus oleh pakar geologi universiti terbabit yang mendakwa ada gua kosong besar di bawah tanah Kuala Lumpur.[131]
  • 27 Ogos:
  • 28 Ogos - Mahkamah Jenayah Persekutuan Switzerland mensabitkan dua eksekutif PetroSaudi masing-masing enam dan tujuh tahun penjara kerana menggelapkan lebih AS$1.8 bilion daripada firma pembangunan strategik Malaysia 1Malaysia Development Berhad.[134]
  • 28 Ogos - 8 September: Malaysia di Sukan Paralimpik Musim Panas 2024.
  • 29 Ogos:
    • Bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menerima Sijil Gred Ke-8 dan Black Belt Kehormat Taekwondo daripada Persatuan Taekwondo Kukkiwon Malaysia.[135]
    • DBKL membatalkan Sambutan Ambang Merdeka 2024 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka sehari kemudian.[136]
  • 30 Ogos:
    • Polis Terengganu menerima satu laporan berhubung hantaran di media sosial yang didakwa mempersendakan pakaian yang menjadi syariat wanita Muslim.[137]
    • Dua individu rentung dalam kebakaran kereta selepas kenderaan dinaiki terbabit dalam kemalangan di Jalan Kepayan, Kota Kinabalu.[138]
    • Pemain badminton remaja kebangsaan, Samuel Lee yang tular memukul anjing peliharaannya jenis Husky pada Julai, didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Kajang.[139]
    • Pendakwah selebriti, Da’i Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas didapati bersalah atas tuduhan merogol seorang wanita di sebuah kondominium pada tahun 2019.[140]
  • 31 Ogos:
    • Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 diadakan secara besar-besaran di Putrajaya.
    • Sambutan Hari Sabah buat julung kali diadakan di Kota Kinabalu.
    • Tempoh konsesi Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) sebagai pengendali pemeriksaan berkala kenderaan motor tamat.[141]

September

Oktober

November

Disember

Peristiwa yang dijadualkan

Hari Kebangsaan

Tema utama

Malaysia Madani: Jiwa Merdeka

Kematian

Januari

Februari

Mac

  • 3 Mac - Wan Muhammad Haikal Wan Hussin - Atlet silat Sukma Terengganu
  • 8 Mac - Tarmizi Mokhtar (Miji) - drummer kumpulan Cromok
  • 29 Mac - Ahmad Rejal Arbee - bekas wartawan dan pengamal media

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Bendera Sarawak kini dikenali sebagai Ibu Pertiwi - Abang Johari". Berita Harian. 1 Januari 2024. Dicapai pada 1 Januari 2024.
  2. ^ "Bendera Sarawak kini dikenali sebagai Ibu Pertiwi". Harian Metro. 2024-01-01. Dicapai pada 2024-01-01.
  3. ^ Arif Aiman Asrol (2024-01-01). "PM lancar PADU esok". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2024-01-01.
  4. ^ "Sabah cipta lembaran sejarah di tahun baharu". www.utusanborneo.com.my. 2024-01-05. Dicapai pada 2024-01-20.
  5. ^ Lydia Saiful (2024-01-06). "RTM lancar kempen 34 Je Kita Suka". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-01-20.
  6. ^ "King opens Menara Merdeka 118". Malay Mail. 10 January 2024. Dicapai pada 12 January 2024.
  7. ^ "Rumah Ahli Parlimen Beruas dibaling bom petrol". Utusan Malaysia. 2024-01-10. Dicapai pada 2024-01-25.
  8. ^ https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/01/11/malaysia-singapura-meterai-mou-zon-ekonomi-khas/
  9. ^ https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/01/17/agong-permaisuri-tunjuk-bakat-baca-berita/
  10. ^ https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/01/17/pengarah-mentega-terbang-didakwa-melukakan-perasaan-agama-orang-lain/
  11. ^ BAKAR, JUANI MUNIR ABU; BAKAR, JUANI MUNIR ABU (2024-01-20). "Anwar, 3 bekas Perdana Menteri hadir Majlis Jamuan Teh Diraja". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2024-01-20.
  12. ^ https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/01/20/afnan-ketua-pemuda-pn-baharu/
  13. ^ https://www.malaysiakini.com/news/694352
  14. ^ https://www.utusan.com.my/berita/2024/01/tun-daim-tiba-di-kompleks-mahkamah-kuala-lumpur/
  15. ^ https://www.kosmo.com.my/2023/10/26/pemerintahan-al-sultan-abdullah-sebagai-agong-tamat-30-januari-2024/
  16. ^ "65-Year Old Sultan Ibrahim Assumes the Throne as Malaysia's New King". Lokmat Times. Dicapai pada 31 January 2024.
  17. ^ "Najib gets reduction in jail time, fine". The Star. 2 February 2024. Dicapai pada 2 February 2024.
  18. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/02/1212372/penghakiman-enakmen-kanun-jenayah-syariah-i-kelantan-2019-tak-ancam
  19. ^ https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/02/1212210/pesawat-bk-160-gabriel-terhempas-di-kapar-apa-yang-kita-tahu
  20. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1218414/paul-yong-ada-peluang-merogol-pembantu-rumah-dalam-tempoh-30-minit
  21. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/03/03/pesilat-terengganu-meninggal-dunia-ketika-bertanding/
  22. ^ https://www.utusan.com.my/berita/2024/03/isa-samad-lepas-bebas-tuduhan-rasuah/
  23. ^ https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/03/07/2-cedera-terjatuh-sotong-ride-di-sabah/
  24. ^ https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/03/07/menteri-terima-nota-ugutan-jangan-cabar-islam/
  25. ^ https://www.utusan.com.my/berita/2024/03/sultan-selangor-tidak-teruskan-khidmat-sebagai-pengerusi-mki/
  26. ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/sensasi/2024/03/10/aliff-aziz-dan-ruhainies-tampil-mohon-maaf-bakal-perjelas-kejadian-sebenar-ditangkap-khalwat
  27. ^ https://www.utusan.com.my/nasional/2024/03/pasar-raya-mydin-manjoi-terbakar/
  28. ^ https://www.utusan.com.my/nasional/2024/03/mydin-rugi-rm50-juta-akibat-kebakaran-pasar-raya-di-manjoi/
  29. ^ https://www.utusan.com.my/berita/2024/03/seksyen-11-wce-taiping-selatan-beruas-dibuka-tol-percuma-dua-bulan-2/
  30. ^ Stoking Kalimah Allah Dijual, Firdaus Wong Minta Tindakan Segera My Berita (15 Mac 2024). Dicapai pada 22 Mac 2023.
  31. ^ HAIROM, NURHIDAYAH (2024-03-18). "53 hari dirawat di IJN, Tun M dibenarkan pulang hari ini". Sinar Harian.
  32. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/03/19/jamal-yunos-gagal-batal-saman-fitnah-kj/
  33. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/03/21/rayuan-akhir-ditolak-lelaki-bakar-tahfiz-ittifaqiyah-kekal-ditahan-dipenjara/
  34. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/03/25/pengarah-kk-mart-pembekal-didakwa-esok/
  35. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/03/28/ioi-city-mall-putrajaya-tutup-hari-ini/
  36. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/03/28/video-ioi-city-mall-bergelap-gangguan-bekalan-elektrik/
  37. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/03/30/bumbung-bangunan-kolej-matrikulasi-kedah-terbakar-dipanah-petir/
  38. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/03/30/dua-pelajar-malaysia-terkorban-kemalangan-di-new-zealand-wisma-putra/
  39. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/03/30/pasar-raya-kk-super-mart-sungai-isap-dibaling-bom-petrol/
  40. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/03/30/lima-penyamun-ditembak-mati-di-putra-heights/
  41. ^ https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1075762/fgp-ventures-didenda-rm25000-tawar-irps-secara-tidak-sah-ssm
  42. ^ https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1076895/najib-mohon-semakan-kehakiman-baki-penjara-enam-tahun-kepada-tahanan-di
  43. ^ https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1076720/pemilik-spanco-tiba-di-mahkamah-untuk-didakwa
  44. ^ https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1077294/mahkamah-tolak-permohonan-rumah-bonda-cabar-perintah-jkm-tutup-premis
  45. ^ https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1077408/saya-ditahan-di-ipd-kota-kinabalu-akmal
  46. ^ "Bodyguard injured after man shoots at wife at Kuala Lumpur airport, manhunt underway". CNA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-04-14.
  47. ^ https://www.sinarharian.com.my/article/660390/berita/semasa/pelajar-sekolah-meninggal-dunia-ketika-merentas-desa
  48. ^ "TERKINI: 10 korban dua helikopter bertembung di Lumut". Berita Harian. 23 April 2024. Dicapai pada 23 April 2024.
  49. ^ https://www.utusan.com.my/berita/2024/04/norjuma-dituduh-tampar-tendang-tiga-individu/
  50. ^ https://www.sinarharian.com.my/article/661888/berita/semasa/kilang-cat-musnah-terbakar
  51. ^ https://www.malaysiakini.com/news/703886
  52. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1241133/mb-perlis-disiasat-hampir-8-jam-kes-salah-guna-kuasa
  53. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1241018/papagomo-ditahan-disyaki-keluarkan-kenyataan-aibkan-agong
  54. ^ https://www.hmetro.com.my/utama/2024/05/1086194/akhyar-cedera-dipukul-disamun
  55. ^ https://www.sinarharian.com.my/article/662436/berita/semasa/video-siti-bainun-kekal-bersalah-abai-aniaya-bella
  56. ^ Massive tree falls across busy road in Malaysian capital, killing one man, damaging cars
  57. ^ PH's victory margin wider than expected in Kuala Kubu Baharu by-election, say analysts
  58. ^ "Two officers killed in suspected JI attack on Malaysian police station". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 May 2024.
  59. ^ "Two men caught trying to enter Istana Negara with machete". The Star. Dicapai pada 18 May 2024.
  60. ^ https://www.utusan.com.my/berita/2024/05/ali-rustam-sambung-tugas-yang-dipertua-negeri-melaka/
  61. ^ https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/05/1253078/cliff-umar-mengaku-miliki-heroin
  62. ^ Justin Zack (June 1, 2024). "Zayn Rayyan's murder case: Parents of autistic boy arrested". The Star. Dicapai pada June 1, 2024.
  63. ^ Zolkepli, Farik. "New leads led to arrest of Zayn Rayyan's parents, says their lawyer". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-06-01.
  64. ^ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/06/1253944/sambutan-ulang-tahun-ke-40-tv3-di-muzium-telekom-meriah
  65. ^ https://www.hmetro.com.my/utama/2024/06/1097412/ustaz-don-daniyal-direhatkan-daripada-bersiaran-di-rtm
  66. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/06/11/telur-mata-mungkin-punca-2-maut-33-keracunan-jais/
  67. ^ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dua-maut-bas-bawa-rombongan-guru-terlibat-kemalangan-474048
  68. ^ https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/06/1099094/kes-kk-supermart-mahkamah-tetapkan-15-julai-untuk-mengetahui-status
  69. ^ "Diesel prices jump 56% as Malaysia revamps decades-old fuel subsidies". Associated Press. Dicapai pada 10 June 2024.
  70. ^ "Malaysia handed back $156m in stolen 1MDB funds, US embassy says". Al Jazeera. Dicapai pada 14 June 2024.
  71. ^ "No casualties in Genting fire". Free Malaysia Today. Dicapai pada 17 June 2024.
  72. ^ "Chinese actress Fan Bingbing debuts as Melaka tourism ambassador". The Straits Times. Dicapai pada 17 June 2024.
  73. ^ "Two men killed in Johor Bahru suburb shoot-out with Malaysian police". The Straits Times. Dicapai pada 17 Jun 2024.
  74. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/06/18/1-maut-kemalangan-kereta-dan-bas-ekspres/
  75. ^ https://www.malaymail.com/news/life/2024/06/22/its-here-malaysias-first-ever-apple-store-has-officially-opened-its-doors/140939
  76. ^ "Malaysia detains 8 terror suspects, foiling possible threats against prime minister, king and others". Associated Press. Dicapai pada 24 June 2024.
  77. ^ https://thevocket.com/siti-nurhaliza-kunci-mulut-isu-pelantikannya-sebagai-pakar-di-universiti-malaya/
  78. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/06/26/dewan-rakyat-lulus-ruu-bubar-mavcom/
  79. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/06/28/tiga-kru-cedera-helikopter-tdm-mendarat-cemas-di-kem-mahkota-kluang/
  80. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/06/30/kota-kinabalu-penampang-dilanda-banjir/
  81. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/07/01/hina-mahkamah-lokman-adam-terlepas-hukuman-penjara/
  82. ^ "Malaysian court tosses jailed ex-Prime Minister Najib's bid to serve graft sentence in house arrest". Associated Press (dalam bahasa Inggeris). 3 July 2024. Dicapai pada 3 July 2024.
  83. ^ "Gas leak at Malaysia's main international airport sickens 39". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). 5 July 2024. Dicapai pada 5 July 2024.
  84. ^ "Sg Bakap polls: Perikatan's Abidin wins seat". The Star. 6 July 2024. Dicapai pada 7 July 2024.
  85. ^ https://www.hmetro.com.my/utama/2024/07/1108967/dua-beradik-kritikal-termakan-keropok-ada-racun-tikus
  86. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/07/1269280/muhammad-akil-sudah-tiada-budak-mangsa-keropok-beracun-meninggal
  87. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/07/08/mamat-exist-didenda-rm4000-ambil-syabu/
  88. ^ https://www.sinarharian.com.my/article/674039/berita/semasa/sprm-kunjungi-pejabat-hrd-corp-ambil-dokumen-bantu-siasatan
  89. ^ https://m.malaysiakini.com/news/711372
  90. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/07/10/sultan-ibrahim-terima-persembahan-perutusan-rasmi-sultan-brunei-ke-istiadat-pertabalan/
  91. ^ a b https://www.kosmo.com.my/2024/07/16/kronologi-pembunuhan-nur-farah-kartini/
  92. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/07/12/isu-seksyen-23-alif-teega-aisyah-kekal-direman-4-hari/
  93. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/07/18/tun-m-dimasukkan-ijn-kerana-batuk/
  94. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/07/15/raja-permaisuri-agong-diwasalkan-darjah-kerabat-perak/
  95. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/07/16/sultan-selangor-jalani-pembedahan-katarak-mata/
  96. ^ "Malaysia honors a new king in coronation marked by pomp and cannon fire". Associated Press. Dicapai pada 20 July 2024.
  97. ^ Ahmad Johari Mohd Ali (23 Julai 2024). "TERKINI Kes bunuh kadet laut: Enam bekas penuntut UPNM dihukum gantung". Berita Harian. Dicapai pada 28 Julai 2024.
  98. ^ "Malaysia applies for BRICS membership: Premier Anwar Ibrahim". www.aa.com.tr. Dicapai pada 2024-07-29.
  99. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/08/1279082/pusat-akuatik-mbjb-arena-larkin-ditutup-hingga-januari-2025
  100. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/07/30/seladang-diiktiraf-sebagai-spesies-terancam/
  101. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/07/30/tun-mahathir-dibenar-keluar-ijn-selepas-dua-minggu-rawatan/
  102. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/07/18/malakat-mall-ditutup-31-julai-selepas-4-tahun-beroperasi/
  103. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/07/31/cliff-umar-didenda-rm5500-miliki-ambil-dadah/
  104. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/08/01/kementerian-komunikasi-lancar-panorama-tv/
  105. ^ "'Do not visit UK protest areas' travel alert issued in Malaysia as violent riots bring havoc to streets". Yahoo News (dalam bahasa Inggeris). 2024-08-05. Dicapai pada 2024-08-05.
  106. ^ https://ohbulan.com/polis-tahan-sepasang-suami-isteri-berusia-36-37-tahun/
  107. ^ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pasangan-warga-emas-rentung-dalam-kebakaran-482349
  108. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/08/1283386/musykil-remaja-14-tahun-boleh-menyamar-doktor-masuk-dewan-bedah
  109. ^ https://www.sinarharian.com.my/article/679249/berita/semasa/dua-ditahan-pelbagai-dadah-bernilai-rm344-juta-dirampas
  110. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/08/10/anwar-sambut-ulang-tahun-kelahiran-yang-ke-77-hari-ini/
  111. ^ https://www.sinarharian.com.my/article/678612/berita/nasional/kontrak-mohd-zuki-berakhir-sabtu-ini-diberi-tugas-penting
  112. ^ https://www.sinarharian.com.my/article/679811/berita/semasa/bot-terbalik-lebih-dua-jam-terapung-di-samping-mayat-rakan
  113. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/08/12/apa-yang-kita-tahu-setakat-ini-kes-pembunuhan-kejam-cikgu-istiqomah/
  114. ^ https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/08/12/tauliah-mengajar-ustaz-don-di-selangor-ditarik-balik/
  115. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/08/1283449/shamsul-azri-akui-agak-terkejut-takut-diumum-jadi-ksn
  116. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/08/07/shamsul-azri-dilantik-ksn-baharu-berkuat-kuasa-12-ogos/
  117. ^ https://www.hmetro.com.my/utama/2024/08/1122518/penyanyi-hilang-lepas-keluar-jogging
  118. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/08/1284927/2-pesawat-tudm-ke-mesir-bawa-rakyat-palestin-cedera-ke-malaysia
  119. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/08/1285291/tiada-kecederaan-fizikal-polis-siasat-kes-nidza-afham-sebagai-mati
  120. ^ https://www.sinarharian.com.my/article/680111/berita/semasa/3-sekeluarga-maut-suspek-sudah-ditahan-akan-direman-pagi-ini
  121. ^ https://www.sinarharian.com.my/article/680227/bisnes/gangguan-perkhidmatan-bnm-denda-maybank-rm432-juta-cimb-rm760000
  122. ^ Essa Abu Yamin (2024-08-14). "Dr Maimunah dilantik Datuk Bandar Kuala Lumpur". Harian Metro. Dicapai pada 2024-08-14.
  123. ^ https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/08/1286394/premis-lombong-bitcoin-haram-diserbu-4-warga-asing-antara-tujuh-ditahan
  124. ^ BERNAMA (20 Februari 2023). "Sarawak sah terpilih jadi tuan rumah Sukma 2024". www.sinarharian.com.my. Sinar Harian (Malaysia). Dicapai pada 21 Februari 2023. PREMIER Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengesahkan negeri itu terpilih menjadi tuan rumah bagi penganjuran temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2024. Beliau berkata, perkara itu diputuskan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dalam satu mesyuarat mengenai penganjurannya baru-baru ini, dan Sarawak sememangnya sudah bersedia menjadi tuan rumah penganjurannya pada bila-bila masa.
  125. ^ https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/08/1287120/nabila-razali-ibu-didenda-rm480-oleh-mahkamah-majistret-kerana-kereta
  126. ^ https://www.therakyatpost.com/trpbm/berita/2024/08/20/papar-siaran-secara-tidak-sah-kedai-nasi-kandar-popular-akur-bayar-rm221773-kepada-astro/#:~:text=Restoran%20Nasi%20Kandar%20Diminta%20Bayar,Measat%20Broadcast%20Systems%20Sdn%20Bhd.
  127. ^ Rashid, Hidir Reduan Abdul (2024-08-20). "Najib withdraws appeal to recuse 1MDB judge". Malaysiakini.
  128. ^ https://malaysiagazette.com/2024/08/22/yasin-dipenjara-seumur-hidup-16-sebatan-atas-tiga-kesalahan-dadah/
  129. ^ "Malaysian naval attack ship sinks after hitting unknown object". AP News (dalam bahasa Inggeris). 2024-08-26. Dicapai pada 2024-08-26.
  130. ^ https://www.sinarharian.com.my/article/682424/berita/sukan/persatuan-renang-amatur-terengganu-mohon-maaf-hantar-penerjun-wanita-muslim
  131. ^ https://www.sinarharian.com.my/article/682439/video/berita-semasa-video/gua-kosong-bawah-kl-um-nafi-artikel-tiada-ahli-geologi-nama-dr-sarah-jamal
  132. ^ "Former Malaysian leader Muhyiddin charged with sedition for allegedly mocking former king". AP News (dalam bahasa Inggeris). 2024-08-27. Dicapai pada 2024-08-27.
  133. ^ https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2024/08/1290820/dbkl-roboh-struktur-atas-laluan-awam-di-jalan-raja-alang
  134. ^ "Swiss court convicts two executives for embezzling $1.8bn from 1MDB". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-08-29.
  135. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/08/30/ismail-sabri-terima-tali-pinggang-hitam-taekwondo/
  136. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/08/29/dbkl-batal-sambutan-ambang-merdeka/
  137. ^ https://www.bharian.com.my/amp/berita/kes/2024/08/1291983/polis-terima-satu-laporan-persenda-pakaian-wanita-muslim
  138. ^ https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1128526/dua-rentung-kereta-terbakar-selepas-kemalangan
  139. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/08/30/pemain-badminton-remaja-didenda-rm25000-pukul-anjing-husky/
  140. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/08/30/dai-syed-dipenjara-10-tahun-tiga-sebatan-rogol-wanita/
  141. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/08/1290265/monopoli-puspakom-berakhir-hujung-bulan-ini
  142. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/08/26/mohd-zuki-dilantik-pengerusi-kwsp-baharu-kuat-kuasa-1-september/
  143. ^ "Pemilihan Bersatu mungkin tahun depan - Muhyiddin". Astro Awani. Dicapai pada 25 November 2023.
  • l
  • b
  • s
Malaysia dibentuk pada 16 September 1963. Sebelum itu, Malaysia dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu ketika ia merupakan sebuah negeri naungan British sebelum kemerdekaannya.
Tahun di Tanah Melayu British
Tahun di Persekutuan Tanah Melayu
Tahun di Malaysia