Anjing tarikan Siberia Seppala

Anjing tarikan Siberia Seppala
Dua ekor ketua anjing tarikan Siberia Seppala
Negara asalKanada
Pengelasan dan piawaian
Tidak oleh mana-mana kelab kenel utama
Anjing (Canis lupus familiaris)

Satu baka anjing pekerja jarang, anjing tarikan Siberia Seppala (bahasa Inggeris: Seppala Siberian sleddogcode: en is deprecated ) dikembangkan untuk tujaun penarikan kereta luncur salji di negara sejuk. Ia merupakan anjing bersaiz sederhana berpuratakan berat 40–50 lb (18–23 kg) dan tinggi 22–23 in (56–58 cm). Warna dan tanda dianggap sebagai tidak penting; matanya mungkin berwarna perang, biru atau mana-mana gabungan dua warna ini. Anjing Seppala adalah giat dan bertenaga tetapi sangat jinak dan boleh latih.

Anjing Seppala menunjukkan jenis anjing primitif, tidak pernah dibiakbakakan atau dipilih untuk pengakuran atau gelanggang. Baka ini mengongsi dasar leluhur dengan husky Siberia dan selama setengah abad pejabat pendaftaran sama dengan baka itu, tetapi dibiakbakakan sentiasa secara eksklusif sebagai baka anjing tarikan pekerja dengan sendiri dan dipisahkan daripada jurai keturunan pertunjukan. Pada hujung 1990-an, ia diiktiraf oleh pihak berkuasa pertanian Kanada sebagai "baka berevolusi" baharu dan 2002 satu daya usaha baka terpisah serupa dimulakan di Amerika Syarikat.

Rujukan

  • Bragg, J. Jeffrey (1976). The Seppala Siberian: A Breeder’s Manual, Vicksburg, Mississippi: Diterbitkan secara swasta.[sumber tidak boleh dipercayai?]
  • Bragg, J. Jeffrey (1996). The Seppala Siberian Sleddog: An Evolving Breed in Canada’s Yukon Territory, Whitehorse, Yukon: (Ringkasan diterbitkan secara swasta diserahkan kepada Pertanian Kanada).[sumber tidak boleh dipercayai?]
  • Ricker, Elizabeth M. (1930). Seppala: Alaskan Dog Driver, Boston, Massachusetts: Little, Brown and Company.
  • Willett, Douglas W. (1986) The Seppala Siberian, Viola, Idaho: Heritage North Press.
  • Anonymous (2002). The International Seppala Siberian Sleddog Club, Seeley Lake, Montana: Diterbitkan secara swasta.[sumber tidak boleh dipercayai?]

Pautan luar

  • Projek Anjing Tarikan Siberia Seppala (Inggeris)
  • Kelab Anjing Tarikan Siberia Seppala Antarabangsa (Inggeris)
  • Persatuan Anjing Seppala Antarabangsa Diarkibkan 2006-10-09 di archive.today (Inggeris)
  • Piawaian Baka Anjing Tarikan Siberia Seppala 1995 (Inggeris)
  • SeppalaWiki, tapak pengetahuan dalam talian (Inggeris)
  • l
  • b
  • s
Anjing berasal dari Kanada
Ekstan
Kanada
Pupus
  • l
  • b
  • s
Anjing jenis spits
Anjing tarikan
Anjing pemburu
Anjing gembala
Baka Asia
Anjing teman
Baka pupus
Jenis: Husky, laika, tugou

Templat:Anjing tarikan