Grifon sederhana Vendée

Grifon sederhana Vendée
anjing dengan rupa berumbai berjalan di rumput. Hampir keseluruhan bulu putih kotor dengan sisi tompok, ekor, dan telinga jingga.
Grifon sederhana Vendée jantan
Negara asalPerancis
Trait
Tinggi Jantan 50–55 cm (20–22 in)
Betina 48–53 cm (19–21 in)
Bulu Panjang
Warna Putih dan hitam, putih dan jingga, hitam dan sawo matang, triwarna
Pengelasan dan piawaian
FCI Kumpulan Seksyen {{{fcisection}}} #{{{fcinum}}} (Piawaian)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Grifon sederhana Vendée[a] ialah grifon pemburu bau bersaiz sederhana yang berasal dari Vendée, Perancis.[1] Baka ini diiktiraf oleh FCI pada tahun 1954.[2][3]

Sejarah

Sebelum Perang Dunia Pertama, baka ini diperkecil melalui pembiakbakaan oleh Comte d'Elva daripada grifon besar Vendée.[1] Kata briquet pada nama aslinya memaksudkan "anjing bersaiz sederhana" dalam bahasa Perancis.[2][3] Grifon sederhana Vendée hampir pupus selepas Perang Dunia Kedua, tetapi atas jasa usaha Hubert Dezamy, seorang hakim pertunjukan anjing Perancis, baka ini dipulihkan.[4][5]

Penampilan

Grifon sederhana Vendée mempunyai kepala pendek, telinga layu rendah, dan lapis bulu ganda kasar.[4] Ia hadir dengan warna padu atau warna bercampur, perang kekuning-kuningan, perang muda, putih dan jingga, putih dan kelabu, malah juga triwarna.[4] Jantannya berdiri setinggi 50–55 sentimeter (20–22 in) dan betinanya pula setinggi 48–53 sentimeter (19–21 in).[6]

Perangai

Anjing ini merupakan pemburu ghairah dengan stamina dan ketabahan.[6] Ia patut mampu memungut jejak bau yang malis sama baik dengan yang segar. Seperti baka saudaranya, iaitu baka anjing pemburu Vendée lain, grifon sederhana Vendée menikmati waktu riadah luar dengan keluarganya. Sungguhpun tidak begitu mudah sentap, anjing ini merupakan anjing cergas dan bersemangat.[4] Dalam pada anjing ini dibiakbakakan untuk bekerja dalam kawanan serta secara berdikari, grifon ini sesuai bergaul sesama anjing lain dan tidak terlalu kuat enggan berkongsi tentang apa-apa. Baka ini merupakan teman baik untuk kanak-kanak.[4]

Grifon tidak terlalu patuh terhadap arahan. Anjing ini tidak peduli dipujuk, disogok, atau dipermainkan. Seandainya hal-hal ini membawa kepada sesuatu yang disukai oleh pemiliknya, maka semua pihak gembira.[4]

Senaman

Grifon sederhana Vendée yang dibiakbakakan untuk memburu buruan besar biasanya bekerja dalam kawanan kecil.[2][3][6]

Lihat juga

  • Senarai baka anjing

Catatan

  1. ^ Jawi: ݢريفون سدرهان ۏنديcode: ms is deprecated ; Perancis: briquet griffon vendéencode: fr is deprecated

Rujukan

  1. ^ a b "Le Briquet Griffon Vendéen" [Grifon Sederhana Vendée]. Société Centrale Canine (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 19 Disember 2023.
  2. ^ a b c "Standard FCI N°19 BRIQUET GRIFFON VENDEEN" [Piawaian FCI No. 19 Grifon Sederhana Vendée] (pdf) (dalam bahasa Perancis). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 18 Februari 2000. Dicapai pada 19 Disember 2023.
  3. ^ a b c "FCI-Standard N° 19 BRIQUET GRIFFON VENDEEN" [Piawaian FCI No. 19 Grifon Sederhana Vendée] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh John Miller dan Raymond Triquet. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 18 Februari 2000. Dicapai pada 19 Disember 2023.CS1 maint: others (link)
  4. ^ a b c d e f "Briquet griffon vendeen" [Grifon sederhana Vendée]. Société Centrale Canine (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 19 Disember 2023.
  5. ^ Choron, Sandra; Choron, Harry (1 Januari 2005). Planet Dog: A Doglopedia [Planet Dog: Ensiklopedia Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Mariner Books. ISBN 978-0-618-51752-7.
  6. ^ a b c Morris, Desmond (1 September 2008). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 82. ISBN 978-1-57076-410-3.

Pautan luar

  • Club du Griffon Vendéen (dalam bahasa Perancis)
  • l
  • b
  • s
Anjing berasal dari Perancis
Anjing pemburu bau
Perancis
Gundog
Anjing pastoral
Lain-lain
Pupus
  • l
  • b
  • s
Anjing pemburu bau
Anjing pemburu penglihatan
Baka pemburu jenis cur
Lain-lain
Pupus