Tunku Irinah
(1957-11-23) 23 November 1957 (umur 66)
Bandar New York, New York, Amerika Syarikat
- Tengku Alam Shah Ashwin
- Tengku Alana Irwin
Nama penuh | |
---|---|
- | |
Nama diraja | |
Tunku Dato’ Seri Irinah binti Almarhum Tuanku Ja'afar |
Daeng Chelak (marry)
Yang Amat Mulia Tengku Puan Panglima Raja Selangor Tunku Dato' Seri Irinah binti Almarhum Tuanku Ja'afar (diputerakan pada 23 November 1957) merupakan puteri ketiga dan anakanda kelima kepada pasangan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 Tuanku Ja’afar dan Tunku Ampuan Najihah.
Kehidupan peribadi
Tunku Irinah diputerakan pada 23 November 1957 di Bandar New York, Amerika Syarikat.
Kekanda dan adindanya yang lain ialah:
- YAM Tunku Dara, Tunku Naquiah (diputerakan pada 26 Disember 1944)
- YAM Tunku Laxamana, Tunku Naquiyuddin (diputerakan pada 8 Mac 1947)
- YAM Tunku Muda Serting, Tunku Imran (diputerakan pada 21 Mac 1949)
- YAM Tunku Puteri, Tunku Jawahir (diputerakan pada 27 Januari 1952)
- YAM Tunku Panglima Besar, Tunku Nadzaruddin (diputerakan pada 26 Oktober 1959)
Pendidikan
Tunku Irinah mendapat pendidikan awal di Sekolah Convent Holy Infant Jesus di Seremban, Negeri Sembilan. Beliau meneruskan pengajian menengah di Wispers School, Haslemere, Surrey, England pada peringkat O-Level. Daripada situ, beliau melanjutkan pelajarannya di Padworth College, Reading, England untuk mendapatkan A-Level. Beliau menamatkan pengajiannya dalam Ijazah Sarjana Muda Pemasaran Perniagaan di London School of Economics and Political Studies.[1]
Perkahwinan dan anakanda
Pada 18 April 1981, Tunku Irinah melangsungkan perkahwinan dengan YAM Tengku Panglima Raja Selangor Tengku Dato’ Seri Ahmad Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah iaitu kerabat diraja Negeri Selangor.
Hasil perkahwinan dengan Tengku Ahmad Shah, pasangan dikurniakan 1 putera dan 1 puteri.
- YM Tengku Alam Shah Ashwin
- YM Tengku Alana Irwin
Terasul dan gelaran
Gelaran hormat bagi Tunku Irinah | |
Gaya panggilan | Yang Amat Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Tunku |
Gaya pilihan | Tengku Puan Panglima Raja |
Gelaran penuh beliau ialah :
Yang Amat Mulia Tengku Puan Panglima Raja Selangor Tunku Dato' Seri Irinah binti Almarhum Tuanku Ja'afar, D.K.Y.R., S.P.T.J., S.S.I.S.
Darjah kebesaran
Beliau telah dianugerahkan [2]:
Negeri Sembilan
- Negeri Sembilan :
- Penerima Darjah Kerabat Yam Tuan Raden (D.K.Y.R.) (1979)
- Penerima Darjah Seri Paduka Tuanku Ja'afar (S.P.T.J.) (19.7.1999) - Dato' Seri
Selangor
- Selangor
- Penerima Darjah Kebesaran Dato' Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.) (2018) - Datin Paduka Setia