Tunku Jawahir
Yang Amat Mulia Tunku Puteri
(1952-01-27) 27 Januari 1952 (umur 72)
Nottingham, England
Tengku Aslahuddin Ja'afar
Tengku A'zran Abdul Jawaad
Nama penuh | |
---|---|
Tunku Jawahir binti Almarhum Tuanku Ja'afar | |
Nama diraja | |
Tunku Puteri Puan Sri Dato’ Seri Jawahir binti Almarhum Tuanku Ja'afar |
Daripada keturunan leluhur Yamtuan Radin ibni Raja Lenggang. |
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 |
Kerabat Tuanku Muhriz DYMM Tuanku Aishah Rohani, Tunku Ampuan Besar
|
Kerabat Tuanku Ja’afar
|
Kerabat Tuanku Munawir
|
Kerabat Tuanku Muhammad Sedang dikemas kini |
Kerabat Yamtuan Antah Sedang dikemas kini |
Kerabat Yamtuan Imam Sedang dikemas kini |
Kerabat Yamtuan Radin Sedang dikemas kini |
|
Yang Amat Mulia Tengku Puan Panglima Besar Tunku Puteri Puan Sri Dato’ Seri Jawahir binti Almarhum Tuanku Ja'afar (diputerakan pada 27 Januari 1952) merupakan puteri kedua dan anakanda keempat kepada pasangan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 Almarhum Tuanku Ja’afar dan Almarhumah Tunku Ampuan Najihah.
Kehidupan peribadi
Tunku Jawahir diputerakan pada 27 Januari 1952 di Nottingham, England.
Kekanda dan adindanya yang lain ialah:
- YAM Tunku Dara, Tunku Naquiah (diputerakan pada 26 Disember 1944)
- YAM Tunku Laxamana, Tunku Naquiyuddin (diputerakan pada 8 Mac 1947)
- YAM Tunku Muda Serting, Tunku Imran (diputerakan pada 21 Mac 1949)
- YAM Tengku Puan Panglima Raja Selangor, Tunku Irinah (diputerakan pada 27 Januari 1957)
- YAM Tunku Panglima Besar, Tunku Nadzaruddin (diputerakan pada 26 Oktober 1959)
Pendidikan
Tunku Puteri mendapat pendidikan awal di Convent of Our Lady of Sion, London, United Kingdom kemudian di Port Said School di Cairo, Egypt dan meneruskan pembelajarannya di Battle Abbey School, Sussex, England.
Selepas menamatkan pengajiannya dalam O-Level di UK, beliau pulang ke Malaysia untuk meneruskan pengajiannya di Kolej Tunku Kurshiah. Kemudian, beliau menamatkan pengajiannya dengan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.[1]
Kerjaya
Tunku Puteri memulakan kerjayanya dengan menyertai Sistem Malaysia Airlines (MAS) sebagai pelatih pengurusan di Ketua Pejabat MAS sehingga 1976. Selepas tamat tempoh jawatannya di MAS, beliau menceburi bidang perdagangan dan mewujudkan perniagaannya sendiri.
Perkahwinan dan anakanda
Pada 27 Ogos 1974, Tunku Puteri melangsungkan perkahwinan dengan YAM Tengku Panglima Besar Tengku Tan Sri Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar iaitu kerabat diraja Negeri Pahang dan juga ahli politik serta ahli parlimen. Hasil perkahwinan dengan Tengku Azlan, pasangan ini dikurniakan seorang puteri, 2 orang putera, seorang puteri dan seorang puteri angkat.
- Tengku Asra Jehan
- Tengku Aslahuddin Ja'afar
- Tengku A'zran Abdul Jawaad
- Marina Azlan (puteri angkat)
Terasul dan gelaran
Gelaran hormat bagi Tunku Jawahir | |
Gaya panggilan | Yang Amat Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Tunku Puteri |
Gaya pilihan | Tengku Puan Panglima Besar |
Gelaran penuh beliau ialah :
Yang Amat Mulia Tengku Puan Panglima Besar Tunku Puteri Puan Sri Dato' Seri Jawahir binti Almarhum Tuanku Ja'afar, D.K.Y.R, S.P.T.J.
Darjah kebesaran
Beliau telah dikurniakan [2]:
Negeri Sembilan
- Negeri Sembilan :
- Penerima Darjah Kerabat Yam Tuan Raden (D.K.Y.R.) (1981)
- Penerima Darjah Seri Paduka Tuanku Ja'afar (S.P.T.J.) (1997) - Dato' Seri